Thursday, July 19, 2012

Apam Pelangi dan Tiramisu Kek


Assalammualaikum w.b.t

Hai. :)  Sekarang ni saya tengah cuti jadi boleh lah saya luangkan masa dengan hobi saya masak masak ni.  Kawan kawan minta resepi jadi kat sini saya nak kongsikan lah resepi.  Saya pon google jugak, blogwalking ke blog2 masakan.  Tapi saya amik yang mudah nak menyediakannye. ;)

 Apam Pelangi


Bahan-bahan:

1 biji telur
1 sudu kecil ovellet
1 sudu kecil esen vanila
250gm tepung gandum
150gm gula 
200ml susu segar
1 sudu baking powder
pewarna

Cara Penyediaan:

1.  Pukul telur, gula dan ovellet sampai gebu.
2.  Masukkan susu segar dan esen vanila, kacau sebati.
3.  Masukkan tepung dan baking powder dan kacau rata.
4.  Bahagikan kepada 2 warna yang kita suka.  Tuang selapis demi selapis dan kukus selama 20 minit.  Kalau nak apam tu mekar guna api yang besar.

Seterusnya saya nak kongsi resepi tiramisu kek yang saya buat hari isnin lepas.  Kek saya ni comot sikit la sebabnye cream cheese dgn whipping tu cair sikit. hehe.. Tapi sedap walaaaaaaa.! Saya dapat makan sepotong je. Mak dgn adik adik yang habiskan. 

Tiramisu Kek


Bahan-bahan:

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan (saya guna serbuk horlick)

Cara Penyediaan:

1.  Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi dan ketepikan.
2.  Satukan gula, cream cheese dan whipping cream.  Pukul adunan sampai kembang dan gebu.
3.  Potong kek kepada 2 bahagian.
4.  Susun satu bahagian dalam bekas.
5.  Tuangkan 1/3 bancuhan nescafe ke atas kek.
6.  Sapu 1/3 bahagian adunan cream + cheese  ke atas kek.  Sapu rata.
7.  Susun lagi bahagian selebihnya. 
8.  Ulang sampai habis kemudian tutup seluruh bahagian kek dengan adunan cream + cheese tadi.
9.  Simpan dalam fridge sebentar.
10.  Hiaskan dengan serbuk koko atau apa2 hiasan semasa menghidangkannya.



Ok tukang masak nak interprem bole? hehehehe..

Selamat bercuti student degree UiTM.  Saya tak cuti pon sebabnye saya amik intersesi kat Puncak Alam untuk subjek next sem.  Doakan saya ye kawan kawan. :)

Selamat berpuasa. 

1 comment:

  1. aiyoo next masterchef dia pon sebab nak interpremkan?? ehehehe

    ReplyDelete