Sunday, April 21, 2013

Diana kahwin.!


Assalammualaikum w.b.t

Pada 13.4.2013 sahabat baik, diana telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan beliau.  Sebab diana orang first yang kahwin dalam geng TPP jadi memasing excited terlebih. hahaha. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.  Yang bestnye mase pegi butik kahwin, cari dewan, cari kain untuk baju flower girl, beli goodies kawan baik dia sume ade disisi dia. Bestkan diana. hehe.. BFF sangat. hahahaha..

Pagi pagi tu sume dah berkumpul kat rumah diana, amik hantaran, itu ini.  Bawa  pegi masjid Al-Alami Ayer Keroh.  Mase akad nikah tu saya duduk sebelah diana, amboi kemain pegang erat tangan saya saat Zul melafazkan akad nikah tu. I yang nervous tau uolss. hahaha..  Yeayyy alhamdulillah diana telah menjadi isteri kepada zul.  Diana yang perangai gile gile tu boleh kahwin dulu tau. hahaha.. Jodoh dia cepat. Happy sangat untuk diana.  




Semoga masjid yang terbina ini kekal hingga hujung nyawa.  Dapat baby baby comel, jadi isteri solehah, patuh kepada suami dan semoga hubungan persahabatan kite ini kekal hingga jannah.  Sayang sangat dekat korang sahabat dunia akhirat.  Lepas ni berderet majlis budak budak ni. haha.. bulan 5, 6, 11, 12 sambung taon depan.  Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

*z i miss u.  Please be with us. No matter what happen i still love u dearest friend. 

Saturday, April 20, 2013

Think


Assalammualaikum w.b.t


Istikharah Cinta


Assalammualaikum w.b.t

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


SubhanaAllah lirik lagu ni sangat menyentuh hati. Sebak bile hayati lirik lagu ni.  hmmm. Ape khabar kawan2? Dah lame sangat kan saya tak tulis entry baru. huuu.. Ok saya sihat alhamdulillah.  Nak cite pada 14.4 saya telah bergelar tunang kepada Encik Emirulzaman. :)  Sebelum bertunang macam2 dugaan datang dalam hidup saya.  Saya tak pasti adakah betul pilihan saya ni.  Tapi hati saya kuat mengatakan 'Ya dialah jodoh aku.' Hari hari saya menangis.  Kenapa dia? Satu hari kat office, Su my officemate suruh dengar lagu istikharah cinta.  Bila hayati lirik lagu ni mengalir air mata.  Alhamdulillah dengan petunjuk dariNya hati saya tenang dan saya yakin dengan keputusan saya.  

Tujuan saya cite ni bukan lah nak menunjuk atau ape tapi sekadar berkongsi rasa.  Nanti kalo ade mase saya ceritakan macam mane saya boleh kenal dengan dia ok. heeee.. Malu nak cite sekarang sebab taknak lebih2. Semoga berkat restu mak abah dan doa mereka kami dapat disatukan.  InsyaAllah.  Terima kasih mak abah paksa kak long tunang dan kahwin taon ni. Yahuuuuu. huahuahua.  :p  Ade hikmah disebalik ape yang terjadi. 


Baju design sendiri, bunga tangan faiqah buat, kain beli dekat Bandung, tudung beli dekat Mydin je. Tudung last minute.  Semua last minute lah. hahaha..  Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Doakan kami ye. :)

Friday, February 22, 2013

Dahlia Scarf

Assalammualaikum w.b.t

Fatin Stalista telah mengeluarkan rekaan terbaru iaitu Dahlia Scarf.  Coraknya sangat cantik dan menarik serta harganya yang berpatutan.  Boleh visit our page Fatin Stalista untuk dapatkannya.  
Cepat cepat.! Banyak dah nak habis ni.  Jangan lepaskan peluang anda. Rugi tak beli. hehe..












Thursday, February 7, 2013

Tudung Corak Abstrak yang Menarik


Assalammualaikum w.b.t

Tercari-cari tudung corak abstrak yang cantik dan murah? 
Disini saya ade menjual tudung corak yang cantik cantik, senang dibentuk dan mudah dipakai.

Material:  Italian Satin

Harga:  RM 18.00 sahaja
(tidak termasuk postage)

Kepada yang tinggal di area Melaka boleh direct walk in.

Cara order:  Nyatakan kod tudung yang anda inginkan dan boleh email kepada cikfatinilani@gmail.com
atau

Cara bayaran:  Bank in terus ke account Maybank Fatin Ilani binti Iskandar  (154110113346)





Kod 1
(out of stock)



Kod 2
(1 more available)



Kod 3
(out of stock)



Kod 4
(2 more available)



Kod 5
(available)



Kod 6
(2 more available)



Kod 7
(available)


Kod 8
(available)



Kod 9
(2 more available)



Kod 10
(2 more available)



Kod 11
(available)


Selamat membeli. Terima kasih. :)


Tuesday, January 22, 2013

Kelebihan Bedak Sejuk


Assalammualaikum w.b.t

Hari ni saya nak share kelebihan pakai bedak sejuk.  Ade kawan tanye macam mane jaga kulit, pakai produk ape.  Sebenarnye saya takdelah beriya sangat beli macam macam produk kecantikan ni.  Cumenye setiap malam saya pakai bedak sejuk. hehehe.. Macam orang dulu dulu kan.  Tapi bedak sejuk ni best sangat tau pakai.  Bedak sejuk boleh melicinkan kulit muka, memberi kesegaran pada kulit, mengurangkan kadar pengeluaran sebum pada kulit, menanggalkan sel kulit mati, menyejukan kulit muka dan membersih serta menegangkan wajah. Ok baru je google kebaikan bedak sejuk. miahahahahaha.. Tapi memang serius betul. 

Dalam sebulan tu sekali or dua kali je saya pakai masker.  Bedak sejuk je pakai hari hari sebelum tido.  Mase nak tido tu kene basuh dulu lah muka.  Jangan terus pakai bawa sekali tido sebab nanti roh tak kenal wajah kite sebab roh akan keluar ketika kite tidur.  

Di dalam ayat Al Quran ada dijelaskan tentang kedudukan roh ketika tidur ini, dan memang Allah SWT memegang roh orang yang mati dan ketika tidurnya, dan melepaskan kembali sampai waktu yang ditentukan.
Firman Allah SWT maksudnya: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". 
(Az Zumar ayat 42)

So kawan kawan marilah kite rajin rajin pakai bedak sejuk untuk kejelitaan dan kecantikan. hehehehehe..  Tak mahal pon bedak sejuk ni.  Nak buat sendiri pon boleh.  Dari gune produk yang banyak bahan kimia ni lebih baik kite gune produk neutral gituwwww. hehe.. :)


Eiiiiiiiiii tak malunye tempek muke sendiri. hehehehehe... Eyebag tu abaikan jelah sebab time ni final exam mode.  Tido pon tunggang langgang. hehe..  Takde kaitan. ngeeeeee.. Bile dah pakai bedak sejuk ni takyah nak mekap tebal tebal sangat.  Neutral lebih baik kan. :)

Ok tata.

Sunday, January 20, 2013

Majlis Pra Graduasi


Assalammualaikum w.b.t

Hai. So yeayyyyy i dah habis exam. Lepas ni takde kelas, exam, esaimen. hehe.. Seronoknye. Takdelah nak seronok sgt pon sebab kene fokus on VIVA and practical. Sebenarnye nak update lame dah yang Majlis Pra Graduasi ni tapi takde mase. Almaklum lah sibuk. hehe.. Syukur alhamdulillah akhirnye perjuangan dgn rakan rakan hampir tamat.  Dah rase penat tau blaja. hehehe.. Dari diploma continue degree. Almost 5 years jugak la kan. 

Ok la kat sini nak share la sikit gambar2 mase majlis ni.  Tapi tak semua la upload.  hehe.. Hah upload gambar sume besar gedabak untuk tatapan umum. :p








On that day i cume pakai tudung bawal biase tu je. Lepas tu belit belit ikut suke. hehe.. Ramai yang tanye mcm mane i belit.  Tak tau la nak explain macam mane. heeee.. Ok lah nak wish kat rakan rakan sekelas sume semoga maju jaya, selamat berpraktikal, selamat menyiapkan research dgn gemilang, selamat sumenye lah. Semoga berjaya dalam hidup.  Nak kahwin jangan lupe jemput i ok. :))