Assalammualaikum w.b.t
Setelah sekian lama blog menyepi...... hehehehehe... Entah2 dah takde sapa baca blog ni. Memang pon kot. Skang ni zaman instagram ape2 orang share kat situ sbb malas kot nak taip panjang2 dekat blog termasuk la diri sendiri. :p Ok la sebab esok special day Rizqi, jadi ibu luangkan masa sikit taip dan share gambar dekat sini. Kot2 la dah besar nanti Rizqi search nama ibu kat google 'Fatin Ilani' ternampak link blog ni lepas tu mesti Rizqi baca kisah2 ibu kan. huhuhu..
Kenapa tak post esok je. Kenapa kene post today? Ala sebabnye hari ni je ibu ade masa nak taip. Dah jadi ibu dan isteri ni masa untuk diri sendiri mmg tak cukup.. tu pon kenkadang curi2 masa online. Kalau dekat office la byk masa sikit. hihi.. Kat rumah alahai mmg sibuk. Kalau Rizqi tido je baru la ibu dapat rehat kejap. Haishhh dah setahun anak ibu ni rupenye. Kejapnye masa berlalu, macam semalam je ibu rase sakit bersalin tu. Tup tup dah besar anak ibu ni.. Dah berjalan umur 11 bulan. Alhamdulillah. :')
Jadi ibu decide la nak buat photoshoot sempena birthday Rizqi. Ayah cakap ala buat ape membazir je. Tapi bagi ibu ni semua kenangan. Melalui gambar tu macam2 cerita tau. Yang bestnye birthday Rizqi sama dengan ayah 17 October. Kalau Rizqi nak tau selama ni ayah tak pernah ingat tarikh birthday sendiri. hahahaha.. Tahun ni dia yang terlebih ingat. :p
Selamat Hari Jadi Muhammad Daniyal Rizqi permata hati ibu dan ayah. Terima kasih sayang hadir dalam hidup ibu dengan ayah. Kenkadang ibu down tapi bile tatap senyuman Rizqi tu hilang semua masalah. Kekuatan ibu terletak pada anaknya dan Rizqi lah kekuatan ibu. :') Semoga Rizqi jadi anak yang soleh, bijak dan dapat berbakti kepada masyarakat nanti.
Selamat Hari Jadi abg. Terima kasih jadi suami yang baik untuk syg. Abg sangat lah penyabar dengan sikap syg yang degil dan kuat ngamok ni. hehehe.. Syg sentiasa disisi abg ketika susah ataupun senang. InsyaAllah.. Abg kene kuat ye dengan apa pun dugaan yang datang. Yang tahu kesusahan abg tu hanya syg sorang je. Syg sentiasa support abg. Sorry ler selalu ckp abg tak hensem. hahahahahahaha.. tapi abg tak pernah marah. Love u abg.!
Happy Birthday my hero.!!!
Alhamdulillah setiap dugaan tu selalunye ade hikmah. Semoga kite kuat dan tabah untuk menghadapinye. :)
No comments:
Post a Comment