Assalammualaikum w.b.t
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang menjadi igauan pemujanya.
Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu dan caraku tersenyum saat menatap wajahmu.
Mulekan entry dengan mukadimah cinta. hehe.. Jarang sekali aku bercerita tentang cinta. Setiap manusia ade yang tak pernah bercinta, pernah bercinta, serik bercinta, takut bercinta, suke bercinta. Cinta itu satu perasaan yang indah sekali pabila lahir sayang, rindu antara pasangan. Dulu mase sekolah cikgu pernah tanya satu soalan antara cinta dan sayang mane yang datang dahulu? Mase tu punyelah beriya cakap CINTA. Tapi cikgu cakap salah. Jawapan dia SAYANG datang dahulu baru lah cinta. Bile kite dah sayang orang tu baru lah lahir perasaan cinta. Yelah tak kan nak cinta kalo tak sayang kan? betul jugak tu cikgu. hehe..
Orang yang pernah putus cinta mesti rasa sakit kan. Sakit yang teramat. Aku pernah rase perasaan tu satu ketika dahulu. Biase lah tu. Tak remaja la kalo tak pernah putus cinta. hehehe :p Jangan putus asa dengan cinta. Bahagia lah terlebih dahulu dengan dirimu dan kamu akan menarik seseorang untuk berbahagia dengan dirimu. Cinta memerlukan pengorbanan, saling memahami, saling percaya antara satu sama lain. Dia selalu nasihat kan aku supaya ade TRUST in relationship. Tapi kekadang biasalah pompuan kan. Tengok bf die rapat dengan mane mane perempuan mane tak cemburu ye dak? Tapi tulah aku bersyukur sangat ditemui dengan seorang lelaki yang sangat penyabar layan kerenah aku. Orang cakap dalam sesuatu perhubungan tu tak leh dua dua api. Kene sorang air. Aku ni ibarat api dan si dia ibarat air. :)
Ramai yang tanye kenapa tak pernah publish pasal we all. Ala yang suke publish, dok tayang pakwe masing masing kat laman sosial ni selalunye budak budak je. wahahahahaha... Mama, papa, darling, baby, mumu, lulu, bla bla bla. haktuihhhh... kihkihkih.. Rasenye tak perlu kot kat laman sosial nak buat camtu. Orang menyampah ade lah. U all nak manja2 pon kat phone sudah. Cewah aku ni suke hati dorang lah. hehe.. Sebab mak selalu pesan jangan buat mcm tu kat public. Kalo dah kahwin takpelah nak hubby, baby pon orang tak marah. Orang cakap sweet lagi adelah. Huwaaaa kalo mcm ni nak cepat kahwin lahhhh. >.<
Dah tu yang aku gedik gedik buat entry cinta cintu ni kenapa? public jugak ni. hehe.. Ala tak pernah buat, saje lah nak gedik jugak mcm uolssss. hahaha mmg minta pelempang. Camni lah nak express betapa sayangnye i kat buah hati pengarang jantung i tu. Kot lah die terbaca kan ke sejuk hati die. Tup tup dapat tudung fareeda selai ke, handbag charles and keith ke. muahahahahaha.. Ingat senang ke aku nak beromantika de amor ni. Ni sebab tengok Adamhawa la ni. tetibeeeee.. haha..
Encik kekasih hati,
Cintaku adalah untukmu,
Sayangku adalah untukmu,
Rinduku adalah untukmu,
(copy & paste)
Ya Allah ~ Kuatkan hati hambaMu ini dan hati si dia. Sesungguhnya bukan ini pengakhiran yang kami inginkan. Hanya padaMu Ya Allah, kami bersujud dan memohon kekuatan dan ketabahan dariMu. Kami sama-sama salah dan ketika kami mula sedar, semuanya sudah terlambat. Kami tak mampu untuk mengubahkan apa-apa yang sudah terjadi.
Ya Allah ~ Tatkala airmata mengalir, Kau berikanlah ketenangan kepada kami agar kami sama-sama dapat berfikir dengan baik. Sesungguhnya Kau lah Maha Mendengar rintihan-rintihan kami.
Ya Allah ~ Aku tahu bahawa semua perkara yang sudah terjadi ini tak mungkin akan berubah selepas ini. Cuma aku mohon kepadamu. Hubungan yang sudah sedia ada ini, jangan Kau putuskan. Sekurang-kurangnya Kau berikanlah kami peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan kenal isi hati budi kami
Ya Allah ~ Sekiranya si dia adalah jodoh aku, Kau panjangkan lah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami. Kau tariklah nyawa aku dengan wajah dia adalah wajah yang terakhir aku dapat tatap dan Kau berikanlah aku peluang pergi kepadaMu dengan mengetahui bahawa Dia adalah yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya, aku menyintai dia kerana dia menyintaiMu
Ya Allah ~ Sekiranya dia bukan untuk aku, bawa lah aku pergi jauh dari semua ini. Kau temukanlah aku dengan seseorang yang mampu memberi aku senyuman dan kebahagian yang aku cari selama ini. Dan kau berikanlah si dia jodoh baik-baik, yang dapat menemani dia siang dan malam, susah dan senang. Kau lindungkan lah dia dari perkara yang tak diingini
Ya Allah ~ Perkenankanlah doaku ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang mencari sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidupnya di atas muka bumi ini. Aminn ~
No comments:
Post a Comment