Wednesday, March 21, 2012

Tips yang Berguna untuk Pelajar.


Assalammualaikum w.b.t

Mak saya kan suke gunting mana2 artikel yang bagus dan berinformasi lepas tu letak dekat white board.  Bagus kan mak kite? hehehe...  Kami adik beradik mesti akan baca atau TERbaca sebab white board tu main point tempat lalu lalang dalam rumah. Jadi nak tak nak mesti akan terbaca. haha.. :p  Kite nak kongsi la sikit yang rasanya sangat berguna terutama student macam saya ni.

Aktiviti Pembelajaran yang Dicadangkan.

1.  Aktiviti Menghafal  (6.00 - 7.00 pagi/sejam)
Masa yang dicadangkan ialah pada waktu pagi kerana waktu yang sunyi dan hening amat sesuai untuk menghafal.

2.  Aktiviti Latihan  (3.00 - 4.30 petang/sejam setengah)
Latihan yand dimaksudkan ialah latihan-latihan menjawab soalan objektif dan subjektif, latihan mengisi tempat kosong, membuat peta, membuat kerja rumah dan seumpamanya.

3.  Aktiviti Ulang Kaji  (5.00 - 6.00 petang/sejam)
Masa untuk mengulangkaji, membuat dan membaca nota-nota ringkas.

4.  Aktiviti Bacaan Serius  (8.30 - 10.30 malam/dua jam)
Aktiviti ini diletakkan pada waktu malam kerana bacaan melibatkan konsentrasi perasaan dan fikiran.  Pada waktu ini dirasakan sudak tidak ada gangguan lagi, misalnya adik kecil kamu sudah tidur.


Lain orang lain cara belajar dia.  Takpe yang penting kite pandai bahagikan masa yang sesuai dan produktif untuk belajar.  Setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Kite sebagai anak kenelah beri yang terbaik untuk mereka yang telah banyak berkorban masa, wang, tempat tinggal yang selesa, dll.  *wah ayat aku dah macam karangan* hehehe...


2 comments: