Wednesday, February 22, 2012

Ondeh Ondeh Melaka


Assalammualaikum w.b.t

Hai semua. :)  Dah lame sebenarnye saya mengidam nak makan ondeh ondeh melaka ni atau buah melaka tapi asyik sibuk je. Bukan sibuk ape, sibuk berjalan sana sini. hehe.. Beberapa hari yang lepas saya pon blogwalking la ke blog2 masakan dan terjumpa Kak Ita ni buat.  Ape lagi teruja tengok buah melaka kak ita nampak cantik sangat.  Cepat cepat salin resepi dan godek2 dalam peti ais ade sume barang.  Ape lagi hari ni pon takde watpe maka merajinkan lah diri ni buat.  :D

 

Senang je buat buah melaka ni.  Tapi disebabkan takde pewarna hijau jadi saya gune color kuning je + perisa pandan.  Mak cakap boleh gune air perahan pandan nak bagi color hijau.  Rajin pulak la kan saya nak pegi rumah jiran amik daun pandan. haha.. Jadi saya gune perisa pandan jelah. Pon boleyyyy.. Still sedap. aicecehhh.. Kalo pergi dekat pasar malam tu die jual kecik je dan gula melaka pon sikit. Hah ni saya buat besar dan letak gula melaka banyak. Puas makannnn.. hahaha.. 

Resepi Ondeh Ondeh Melaka
rujukan:  Kak Ita (copy)

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka  
sehelai daun pandan (saya tak letak)
Pewarna hijau, kuning dan merah (saya letak pewarna kuning sahaja)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Cara-cara:

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 
1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. 


Time kasih kak ita.  Akak memang ohsemmm..! Cantik sangat masakan masakan akak dan nampak sedap. nyummmsss. Sesuai la untuk mak abah balik keje minum petang. Girls rajin rajinkan diri awk memasak tau. :))

5 comments:

  1. Takpe syg boleh belajar lagi. Ade mase. Masak simple2 pon dah ok. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mari mari sini. hehe.. nanti aku buatkan. tau ko suke kuih ni. :)

      Delete
    2. haha, mmg kalo kat pasa kecik, pah tuh rase tepung lebeh, haaaa, nakkkkk laaaa.

      Delete