Tuesday, January 31, 2012

Saya sedang mengalami penumbuhan geraham bongsu T_T


Assalammualaikum w.b.t

Tahu tak kalo tumbuh geraham bongsu itu sakit yang amat. T_T Sudah jumpe dr. Die cakap takde pape.  Jadi saya pon google lah.  Ok jumpe macam2 info mengenai geraham bongsu ni.  Name pon bongsu bole tahan ngade kau ye.! haha..  Geraham bongsu ni boleh tumbuh macam2 bentuk.  Antaranya:

Saya rase saya sedang mengalami partial eruption.  Sebab gigi tu macam timbul sikit dan tersorok dalam gusi.  Boleh selak2 lagi gusi lembut tu. hahahaha...  Dah sakit pon nak wat lawak. :p

 *Copy from article:

Gigi Berdesakan

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, terkadang rahang tidak memiliki tempat yang cukup untuk gigi bongsu tumbuh dengan wajar. Akibatnya gigi bongsu mendesak gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan sakit pada gigi. Masalah ini umumnya diatasi dengan mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu menempati posisi yang sulit untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang terdesak sehingga gigi bungsu mendapat tempat yang cukup untuk tumbuh.
  
Pencabutan
Sebelum dicabut, gigi umumnya akan difoto terlebih dahulu dengan sinar X untuk mengetahui bentuk, kedudukan dan kedalaman gigi. Pencabutan gigi bungsu biasanya dilakukan dengan pembiusan lokal, namun terkadang juga dilakukan dengan bius total. Walaupun tergolong operasi kecil, pencabutan gigi sebaiknya dilakukan secara profesional oleh doktor gigi, mengigat komplikasi yang mungkin timbul saat dan selepas penyingkiran.


 

Pendarahan

Pendarahan tidak dapat dielakkan dan boleh berlangsung selama satu hari penuh. Berkumur pada saat pendarahan terjadi sangat tidak dianjurkan. Pendarahan akan berhenti saat darah mulai menggumpal di lubang pencabutan, dan berkumur boleh menyebabkan gumpalan darah terlepas. Hal ini dapat memperlambat proses penyembuhan dan menyebabkan pendarahan berlaku lebih lama.

Bila terjadi pendarahan, letakkan gulungan kecil kasa steril (umumnya diberikan oleh doktor gigi) pada lubang bekas pencabutan. Kasa harus digigit dengan baik dengan tekanan secukupnya. Cara ini akan membantu menghentikan pendarahan, tetapi jangan dilakukan telalu berlebihan sehingga menimbulkan iritasi pada lubang pencabutan. Gulungan kasa hanya boleh digigit selama sekitar 20 minit. Bila terlalu lama, darah dapat membeku pada kasa dan gumpalan darah dapat terlepas lagi saat kasa dibuang. Bila pendarahan masih berlaku selepas 20 minit, ganti dengan kasa yang baru. Demikian seterusnya hingga pedarahan berkurang atau berhenti.

Lubang operasi tidak tertutup sempurna (dry socket)

Pada umumnya, setelah gigi bungsu dicabut, darah akan menggenangi lubang bekas gigi dan menggumpal. Terbentuknya gumpalan darah ini sangat penting kerana berfungsi sebagai tempat gusi kemudian akan tumbuh menutupi lubang. Dianggarkan sebanyak 5-10% kes mengalami penutupan lubang yang tidak sempurna atau terlepasnya gumpalan darah sebelum waktunya, sehingga syaraf pada gusi dan bahkan tulang rahang menjadi terbuka (dry socket). 

Telah diketahui bahawa umumnya penderita dry socket adalah perempuan yang minum pil kontrasepsi. Dianggarkan dry socket boleh dielakkan dengan melakukan operasi pada hari ke-22 hingga ke-28 kitaran, iaitu saat kadar estrogen sedang pada titik terendah.

Jangkitan

Jangkitan yang terjadi saat proses penyembuhan dapat dielakkan dengan minum antibiotik dan menjaga kebersihan mulut. Berkumur dengan air garam setiap selesai makan dapat membantu membersihkan kawasan operasi.




Sebab perlunya membuang geraham bongsu (impacted and non-impacted wisdom tooth)

Bagi pendapat profesional saya, bagi mengelakkan rasa sakit pada masa depan, adalah lebih baik geraham bongsu ini dibuang bagi mengelakkan kesan buruk pada masa depan. Tak semestinya dibuang, bergantung pada nasihat doktor gigi anda dan evaluasi xray anda. Tak mahu set graham yang kedua anda rosak, rapuh atau patah, bertindaklah sekarang dengan membuangnya.

Pada usia muda, gigi geraham bongsu tersebut masih belum tumbuh dengan sempurna, kurang mampat dan akarnya masih lembut, oleh itu surgeri untuk membuangnya akan jadi lebih senang. Bagi yang sudah berumur, payah sikit lah. Masa untuk sembuh pon lebih lama. Doktor pakar biasanya akan menasihatkan untuk buang gigi geraham bongsu yang bermasalah ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu adalah:

- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.

Geraham bongsu selalunye berlaku pada usia 19 hingga 30 tahun.  Ok skang saya 22 tahun.  Memang elok benar la die nak tumbuh. hehe.. Tapi sakit. :(  Lepas bace banyak artikel baru saya faham.  Kalo tak baik juga saya nak jumpe doktor comel tu lagi. miahahaha..  Dah tumbuh geraham bongsu mak cakap dah besar. weheeee~  Kawan2 yang same baya dengan saya tu awk sume dah tumbuh geraham bongsu ke belum? ke saya sorang je? Ini tidak adil.! haha.. Ok la nak g belek2 gigi. hehehe.. :p

Bye bye. <3

2 comments:

  1. maksudnya, lepas ni kadar pertumuhan dan ketinggian tubuh badan awak akan terhenti..

    ReplyDelete