Saturday, September 24, 2011

Telur pindang


Assalammualaikum w.b.t

Pernah dengar tak telur pindang? alaaa yang kalo kenduri kenduri tu orang selalu bagi.  Telur pindang ni merupakan masakan tradisional negeri Johor serta telur ini direbus dalam air herba beberapa hari.  Sebenarnye tadi baru lepas makan telur pindang ni. hehehe.. Feveret saya ok.  Ade orang suke ade tak.  Tapi saya suke sangat.  Makan cicah dengan kicap pon sodappp.. >.<

Telur ni boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih.  Sebab tulahh pedagang zaman dulu jadikan telur pindang ni sebagai bekalan.  Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik.  Kalo korang pasan warna telur ni kan macam lain sikit, coklat gelap gitu..  Jenis herba yang digunakan menurut pakar adalah daun pokok manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, clove, 'cardamom,' dan serai bagi memberikan warna gelap pada telur. Wahhh kelas kau jah macam orang pakar. eheee~

beginilah rupa telur pindang. jelas tak? hehe..
*google*

hai makcik. ;) saya pinjam gambar nak bagi orang lebih faham. aicehhh.. nampak tak segala jenis daun diletakkan dalam telur tu.
*google*

Kalo kat Johor dah memang popular telur ni.  Selalunye kenduri kendara orang bagi.  Esok lusa saya kahwin wajib ade telur pindang ni. ahaaakkk. ;)
*google*

Tapi ade orang tak suke makan telur ni macam adik saya.  Adik selalu kate kalo makan nanti kentut busuk. huahuahua.. Lantak lah yang penting sodap. hehe..

Ok bye bye. :)

3 comments:

  1. kita pun suka telur pindang . orang johor katakan . sedap kan rasanya ? hehehe

    ReplyDelete
  2. memang sedap telur pindang ni. kalau dok johor senang dapat

    ReplyDelete